Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peraturan lebih ketat di kelab malam di Sabah berbanding persekutuan
Diterbitkan:  May 14, 2022 1:47 PM
Dikemaskini: 5:58 AM

Kerajaan Sabah akan mengenakan sekatan lebih ketat ke atas kelab malam berbanding apa yang ditetapkan kerajaan persekutuan, menurut New Straits Times.

Kelab malam akan dibenarkan dibuka semula hujung minggu ini. Ia menjadi antara sektor terakhir yang dibenarkan beroperasi semula susulan pelonggaran sekatan Covid-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun yang juga jurucakap Covid-19 negeri, berkata menari tidak akan dibenarkan apabila pub dan kelab malam dibuka semula hari ini.

"Menari tidak dibenarkan buat masa ini. Kedua, mereka yang memasuki kelab malam dan pusat karaoke mesti divaksin sepenuhnya dan telah menerima dos penggalak.

"Dan ketiga, pemeriksaan tahap risiko dan imbasan MySejahtera adalah wajib sebelum memasuki kelab malam atau karaoke," katanya seperti dipetik.

Sebahagian besar peraturan yang ditetapkan adalah serupa dengan apa yang digariskan kerajaan persektuuan, kecuali larangan menari di dalam premis.

Mengikut peraturan Kementerian Kesihatan (KKM) di peringkat persekutuan, pengunjung juga dibenarkan menanggalkan topeng semasa menari.

Lantai tarian juga dibolehkan untuk digunakan sepenuhnya di kelab malam.

Lihat Komen
ADS