Paling Popular
Terkini
Lagi berita dari pengarang
mk-logo
Berita
Sharifah Sofia, Rafizah berjalan 235km demi selamatkan harimau Malaya

Dua aktivis Sharifah Sofia Syed Hussein dan Rafizah Mat Zin berjalan kaki sejauh 235 kilometer (KM) sebagai usaha bagi menyelamatkan harimau Malaya yang semakin pupus di negara ini.

Mereka memulakan perjalanan dari Taman Negara, Sungai Relau, pada 6 Mei dan tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 pagi, hari ini.

Malaysiakini memantau perjalanan mereka sepanjang 12km selama tiga jam hari ini yang bermula dari cawangan Mcdonald's Batu Caves di Gombak di mana kedua-dua mereka disertai lima peserta lain pada pukul 8 pagi.

"Kami akhirnya berjaya melakukan perjalanan sejauh 235km. Ia adalah satu pengembaraan. Sangat mencabar, tetapi kami gembira kerana ia telah berakhir," kata Sharifah yang turut mengalami kecederaan lutut ketika melakukan perjalanan.

Sharifah, yang pernah berlakon dalam filem seperti 'Pisau Cukur' sebelum ini memohon pengisytiharan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa harimau Malaya akan pupus dalam dekad-dekad akan datang akibat penebangan hutan.

Saman berkenaan difailkan NGO Hidup yang merupakan sebuah NGO alam sekitar.

Aktres itu dinamakan sebagai salah seorang plaintif dalam kes berkenaan manakala Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dinamakan sebagai responden.

Sharifah memberitahu, selepas kejayaan berjalan kaki itu langkah seterusnya adalah meneruskan perjuangan menyelamatkan harimau melalui program pendidikan.

"Langkah seterusnya sebenarnya adalah untuk meneruskan kempen pendidikan.

"Ada beberapa orang yang telah mendekati saya dan ingin bercakap tentang bagaimana kita boleh melakukan lebih banyak program dengan sekolah dan orang dewasa serta aktiviti luar juga. Jadi itulah yang kami tidak sabar untuk melakukannya dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang," katanya.

[Baca laporan asal]

Lihat Komen