Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,239 kes baru, 3 lagi kematian
Diterbitkan:  May 16, 2022 9:20 AM
Dikemaskini: 1:20 AM

COVID-19 | Kementerian Kesihatan berkata 2,239 kes baru Covid-19 harian dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 4,478,112.

Kes aktif kini berjumlah 30,735, turun 15.6 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (1,148)
Kuala Lumpur (338)
Pulau Pinang (171)
Negeri Sembilan (112)
Perak (105)
Johor (87)
Melaka (81)
Kedah (43)
Sabah (43)
Sarawak (30)
Pahang (28)
Terengganu (17)
Putrajaya (15)
Kelantan (13)
Perlis (6)
Labuan (2)

Tiga lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, di mana satu kes meninggal dunia sebelum tiba di hospital.

Kematian berlaku di Johor (2) dan Selangor (1).

Sepanjang minggu lalu, purata 4.6 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata bagi 30 hari lalu ialah 7.3, menunjukkan bahawa kematian Covid-19 berada dalam aliran menurun.

Sejak permulaan wabak itu pada Mac 2020, sebanyak 35,615 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Terdapat 68 kematian Covid-19 yang dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 564 kematian pada bulan lepas dan 2,235 kematian pada Mac.

Terdapat 1,170 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital dengan 45 daripadanya berada di unit rawatan rapi.

Jumlah kemasukan hospital tertinggi semalam dicatatkan di Selangor (120) diikuti Johor (90) dan Sabah (54).

Lihat Komen
ADS