Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemilihan PKR Port Dickson kecoh, FRU dikerah kawal keadaan
Diterbitkan:  May 16, 2022 11:11 PM
Dikemaskini: 3:39 PM

Pemilihan PKR Cabang Port Dickson menyaksikan insiden kekecohan sehingga memaksa pasukan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan di Dewan Serbaguna Bandar Springhill petang tadi.

Menurut laporan Berita Harian, proses pengundian sewaktu hujan lebat direncatkan dengan protes yang dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa bukan kumpulan 'MB'.

Mereka dilapor tidak berpuas hati dengan cara pengundian yang didakwa memihak kepada calon yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

Ini menyebabkan mereka mengadakan protes di pusat mengundi, sebelum berlaku pertengkaran antara kumpulan itu dan kumpulan lain.

Keadaan menjadi lebih tegang sehingga memaksa campur tangan pasukan keselamatan, polis dan pasukan FRU.

Bagaimanapun keadaan kembali tenang apabila polis berjaya mengawal keadaan dan pengundian berjalan lancar walaupun berlaku 'perang mulut' di antara kumpulan terbabit.

Dalam pemilihan di peringkat cabang berkenaan, Aminuddin mencabar penyandang ketua cabang, M Ravi, yang juga Adun Sri Tanjung.

Mereka berdepan dua lagi pencabar iaitu Halim Khomiza dan B Sevalingam.

Aminuddin juga bertanding bagi jawatan naib presiden PKR bersama kem Rafizi Ramli.

Pemilihan PKR bermula pada 13 Mei lalu dan akan berlangsung selama 10 hari.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS