Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ustaz Abdul Somad ‘diusir’ dari Singapura
Diterbitkan:  May 17, 2022 2:09 PM
Dikemaskini: 6:54 AM

Penceramah terkenal Indonesia Abdul Somad berkata dia diusir daripada Singapura.

"UAS (Abdul Somad Somad) di ruang 1x2 meter seperti penjara di imigrasi, sebelum dideportasi dari Singapura," tulis UAS di media sosialnya.

Bagaimanapun, duta Indonesia ke Singapura Suryopratomo berkata Abdul Somad tidak diusir tetapi dilarang masuk ke republik itu.

“Dia tidak diusir tetapi tidak mendapat kebenaran masuk ke Singapura jadi dia diminta pulang (ke Indonesia),” kata Suryopratomo kepada media Indonesia Tempo.

Suryopratomo tidak menjelaskan butiran lanjut sekatan itu.

Katanya, pemerintah Singapuralah yang patut menjawabnya.

Dalam pada itu, Abdul Somad menuntut kerajaan Singapura menjelaskan sebab kenapa dia dilarang daripada memasuki negara itu.

Soalnya, apakah sekatan terhadapnya berkaitan dengan militan atau sebaliknya.

Jelasnya pihak berkuasa Singapura tidak dapat menjelaskan kenapa dia dihalang daripada memasuki negara republik itu.

"Itulah yang mereka tak boleh menjelaskan. Itu yang pengawai Imigresen tak boleh menjelaskan.

"Jadi, yang boleh menjelaskan kedutaan Singapura di Jakarta. Anda harus menjelaskan kepada masyarakat kepada negara anda, kerajaan anda menolak kami.

"Kenapa apakah kerana (terbabit) teroris, apakah kerana ISIS, apakah bawa narkoba (dadah), perlu jelaskan," katanya dalam satu wawancara disiarkan di YouTube.

Katanya, dia menjelaskan kepada pihak berkuasa Singapura bahawa kedatangannya bersama ahli keluarga ke negara itu untuk bercuti bukannya menyampaikan ceramah agama.

Lihat Komen
ADS