Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
2,017 lagi dijangkiti Covid-19, korban meningkat 7
Diterbitkan:  May 19, 2022 9:21 AM
Dikemaskini: 1:21 AM

Covid-19 di negara ini sudah menjangkiti 4,483,295 orang dengan adanya 2,017 kes baru yang dicatatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.

Jumlah kes aktif pula setakat ini sebanyak 29,971, meningkat 9.2 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Berikut adalah pecahan kes-kes baru mengikut negeri:

Selangor: 850
WP Kuala Lumpur: 383
Pulau Pinang: 145
Negeri Sembilan: 129
Perak: 94
Melaka: 91
Kedah: 64
Johor: 63
Sarawak: 51
Sabah: 42
WP Putrajaya: 39
Pahang: 26
Terengganu: 19
Kelantan: 13
WP Labuan: 5
Perlis: 3

Sementara itu seramai tujuh mangsa jangkitan Covid-19 meninggal dunia semalam. Tiga daripada mereka menghembus nafas terakhir sebelum dapat dibawa untuk rawatan.

Tiga daripada korban terbabit direkodkan di Pulau Pinang, manakala masing-masing seorang mangsa meninggal dunia di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, dan Perak.

Sejak minggu lepas, purata 4.6 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 6.4, yang menunjukkan trend menurun.

Sepanjang bulan ini seramai 83 orang dilaporkan meninggal dunia kerana Covid-19. Secara bandingan, pada April Covid-19 menyebabkan 564 kematian, dan 2,235 pada Mac.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,630 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Bagi pesakit yang sedang dirawat, KKM menyatakan seramai 1,235 orang berada di hospital di seluruh negara, termasuk 38 ditempatkan di unit rawatan rapi.

Lihat Komen
ADS