Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis siasat dakwaan penjualan data peribadi rakyat M'sia
Diterbitkan:  May 19, 2022 8:43 AM
Dikemaskini: 8:43 AM

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM sedang menyiasat dakwaan ada tawaran penjualan data jutaan rakyat Malaysia yang diambil daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pengarah JSJK Bukit Aman Kamarudin Md Din dalam kenyataan semalam mengesahkan polis telah menerima laporan berkenaan perkara itu dan memberi jaminan siasatan sewajarnya akan dibuat.

"Merujuk artikel oleh beberapa portal dalam talian berkaitan dakwaan wujudnya tawaran penjualan data rakyat Malaysia yang diambil dari pangkalan data JPN, JSJK mengesahkan satu laporan polis telah diterima berkaitan isu tersebut.

"Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan kesahihan dakwaan yang dibuat," katanya.

Kamarudin turut menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan isu itu.

Semalam, dilaporkan jutaan rekod daripada pangkalan data MyIdentity JPN didakwa telah dijual secara dalam talian.

Pihak yang menjualnya, yang hanya dikenali sebagai actifedot, membuat tawaran itu di forum penggodam bernama breached.co pada 29 April lalu.

Ini kali kedua data peribadi pengguna MyIdentity dijual sejak akhir tahun lalu.

Lihat Komen
ADS