Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PSM lancar 'Kempen Pemulihan Nasional' tangani isu pasca-Covid-19
Diterbitkan:  May 22, 2022 6:15 PM
Dikemaskini: May 23, 2022 7:34 AM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) melancarkan pelan pemulihan baru dengan cadangan untuk meningkatkan keselamatan sosial negara dan membina semula tonggak sokongan asas untuk kesejahteraan rakyat.

Hari ini, parti itu melancarkan dokumen bertajuk 'Kempen Pemulihan Nasional – Peka Nasib Kami! Rakyat Minta Lima!'

Setiausaha Agung PSM Sivarajan A, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena pelancaran itu, berkata wabak Covid-19 telah mendedahkan kegagalan kapitalisme - dengan ramai rakyat kehilangan pekerjaan dan keselamatan sosial dalam dua tahun kebelakangan ini.

"Sistem ekonomi neoliberal yang dianuti sejak lebih 40 tahun lalu oleh kedua-dua blok pemerintahan, gagal melindungi kebajikan rakyat terbanyak apabila sebuah pandemik sebegini menyerang.

"Pemerintahan ala kapitalisme yang pro-korporat, telah melemahkan asas jaringan perlindungan sosial rakyat dan mendedahkan mereka kepada pelbagai tekanan sosioekonomi.

"Kegagalan tersebut perlu diatasi segera, agar kita dapat pulih dari pandemik dan sekaligus mengukuhkan asas jaringan perlindungan sosial supaya bersedia menangani cabaran pada masa akan datang," katanya.

Parti itu menetapkan bahawa terdapat lima tonggak utama dalam pelan mereka, iaitu:

1. Memperkasakan perlindungan sosial
2. Skim jaminan kerja
3. Perumahan hak rakyat
4.Tingkatkan khidmat kesihatan awam
5. Tangani krisis iklim segera

Ini melibatkan penyelesaian seperti memperkenalkan pendapatan asas sejagat yang diubah suai, memperkenalkan undang-undang antidiskriminasi dalam pekerjaan, meningkatkan peruntukan Kementerian Kesihatan dan meningkatkan infrastruktur pengangkutan awam.

Kempen itu dilancarkan di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Lihat Komen
ADS