Rizab antarabangsa BNM berkurangan kepada AS$111.4 bilion
Diterbitkan: May 23, 2022 4:41 PM
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$111.4 bilion pada 13 Mei, 2022 berbanding dengan AS$112.5 bilion pada 29 April, 2022.
Menurut kenyataan pada Isnin, BNM menjelaskan paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa ini merangkumi rizab mata wang asing berjumlah AS$98.4 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak AS$1.4 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$6.0 bilion, emas pada AS$2.4 bilion dan aset rizab lain berjumlah AS$3.2 bilion.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.