Badan penasihat calon bebas Batu Talam dibubarkan
Badan penasihat bagi membantu calon bebas dalam pilihanraya kecil Batu Talam, Ng Chee Pang, telah dibubarkan semalam.
Badan penasihat bagi membantu calon bebas dalam pilihanraya kecil Batu Talam, Ng Chee Pang, telah dibubarkan semalam.
Sebelum ini, difahamkan, badan penasihat itu dianggotai oleh 11 ahli DAP, termasuk Setiausaha DAP Pahang, Chong Siew Onn (foto), yang dikatakan kecewa dengan keputusan parti pembangkang itu tidak mahu bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.
Dalam satu kenyataan hari ini, Chong berkata, keputusan membubarkan kumpulan penasihat itu dibuat atas permintaan kepimpinan DAP pusat.
Beliau juga menyokong kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa parti itu tidak berminat untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya kecil Batu Dalam.
Pilihanraya kecil Batu Talam akan menyaksikan
pertandingan
satu lawan satu antara Ng dengan calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Kiram.
Chong berharap, pembubaran kumpulan penasihat terebut menjelaskan bahawa DAP tidak menyokong calon bebas itu dan tidak ada apa-apa hubungan dengan pilihanraya kecil Batu Talam.
Beliau juga berasa kesal kerana sejak pembentukan kumpulan penasihat itu, ada pemimpin politik yang cuba menggunakan alasan tersebut untuk menyerang DAP.
Hak demokrasi
Ketika bercakap kepada pemberita selepas penamaan calon semalam, Najib mendakwa, pihak pembangkang meletakkan calon bebas untuk menguji sokongan pengundi Melayu dalam pilihanraya kecil Batu Talam.
Najib mendakwa, walaupun calon bebas, tetapi pada hakikatnya, dia sebenarnya ditaja oleh DAP.
Chong juga menjelaskan bahawa kenyataannya semalam berhubung
pemecatan
Ketua DAP Selangor, Ong Chee Keng (foto).
Khamis lalu, jawatankuasa DAP Selangor membawa usul tidak percaya terhadap Ong dan memecatnya daripada jawatannya, kerana beliau didakwa sering mengambil keputusan tanpa merujuk kepada jawatankuasa perhubungan negeri.
Sehubungan itu, Chong menjelaskan, beliau hanya menjalankan hak demokrasinya untuk membuat kenyataan berhubung isu pemecatan Ong.
Oleh itu, beliau menasihatkan pemimpin terbabit supaya supaya menyeleaikan masalah dalaman tersebut secara baik.
Chong juga menjelaskan bahawa kenyataannya itu bukan ditujukan kepada pemimpin tertentu dan beliau percaya pemimpin pusat akan dapat menjelaskan isu ini dengan baik.

