1,845 lagi kes baru Covid-19, 27 di ICU
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam merekodkan sebanyak 1,845 lagi kes baru Covid, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu di negara ini bertambah kepada 4,499,057.
Jumlah kes yang masih aktif pula sehingga semalam ialah sebanyak 25,189, turun 12.3 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.
Berikuat ialah pecahan kes baru berdasarkan negeri:
Selangor: 851
WP Kuala Lumpur: 274
Pulau Pinang: 117
Negeri Sembilan: 112
Perak: 109
Sabah: 75
Sarawak: 72
Melaka: 49
WP Putrajaya: 49
Johor: 44
Kedah: 36
Pahang: 25
Kelantan: 15
Terengganu: 11
Perlis: 3
WP Labuan: 3
Sementara itu tiga lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam. Bagaimanapun tiada antara mangsa terbabit meninggal dunia sebelum sempat dirawat di mana-mana kemudahan kesihatan.
Dua daripada mereka meninggal dunia di Johor manakala seorang lagi di Perak.
Sebanyak 109 mangsa dilaporkan terkorban akibat Covid-19 pada Mei ini berbanding 564 orang pada bulan lalu dan 2,235 kematian pada bulan Mac.
Sejak pandemik melanda negara pada Mac 2020, seramai 35,656 kematian akibat Covid-19 direkodkan.
Bagi pesakit yang sedang dirawat, ketika ini ada 1,056 orang masih berada di hospital termasuk 27 sedang diberikan rawatan rapi.

