Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,877 kes baru, dua kematian Covid-19
Diterbitkan:  May 28, 2022 8:53 AM
Dikemaskini: 12:53 AM

Kementerian Kesihatan semalam melaporkan 1,877 kes baru Covid-19, menjadikan jangkitan keseluruhan kepada 4,500,934.

Pihak berkuasa kesihatan juga merekodkan dua kematian baru semalam, menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,658 orang.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor (909)

  • Kuala Lumpur (221)

  • Negeri Sembilan (125)

  • Perak (121)

  • Pulau Pinang (106)

  • Sabah (76)

  • Melaka (62)

  • Kedah (58)

  • Putrajaya (58)

  • Sarawak (46)

  • Johor (44)

  • Pahang (23)

  • Kelantan (11)

  • Terengganu (10)

  • Labuan (4)

  • Perlis (3)

Kes aktif meningkat sebanyak 197 kepada 25,384 berbanding hari sebelumnya tetapi masih turun sebanyak 14.7 peratus dalam tempoh 14 hari lepas.

Kedua-dua kematian yang baru dilaporkan itu direkodkan di Selangor.

Sepanjang minggu lalu, purata 2.9 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 manakala purata selama 30 hari lalu ialah 4.4 orang, menunjukkan kematian Covid-19 berada dalam aliran menurun.

Terdapat 111 kematian Covid-19 yang dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 564 kematian pada bulan lepas dan 2,235 kematian pada Mac.

Seramai 1,098 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital, dengan 30 daripadanya berada dalam rawatan rapi.

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (126) diikuti Johor (94) dan Sabah (67).

Lihat Komen
ADS