Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP tuntut jawatankuasa bincang tuntutan dari demo veteran tentera
Diterbitkan:  Jun 7, 2022 10:50 AM
Dikemaskini: 2:54 AM

Ahli Parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai mencadangkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa parlimen rentas parti untuk meneliti isu-isu yang dibangkitkan oleh veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Wong berkata cadangan itu wajar untuk dilaksanakan sekiranya Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein keberatan untuk membuat semakan terhadap tuntutan itu.

Wong berkata jawatankuasa itu boleh juga mendengar maklum balas ATM, Pejabat Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan, selain mencadangkan penyelesaian atau penyelarasan serta pindaan undang-undang.

“Veteran-veteran ini telah mengemukakan beberapa tuntutan kepada kerajaan, antaranya menuntut pelarasan dan pelaksanaan pencen kepada veteran yang tidak menerima faedah itu. 

“Mereka turut menuntut pengampunan kepada bekas tentera yang diberhentikan kerana salah laku, pencen anggota sukarela yang dikerah sepenuh masa dan mengkaji semula pencen hilang upaya veteran.

Semalam, lebih 1,000 pesara tentera dari seluruh negara berkumpul di Tugu Negara, Kuala Lumpur, bagi menyuarakan rasa tidak puas hati melibatkan kebajikan mereka. 

Dianjurkan kumpulan yang dinamakan sebagai Reunion Veteran, mereka berhimpun seawal lapan pagi sehingga tengah hari tadi, dengan peserta yang rata-ratanya terdiri daripada kalangan warga emas di bawah panas matahari. 

Mereka menuntut pencen bagi tentara yang bersara sebelum 2013 diselaraskan, serta hak untuk menerima pencen setelah sekurang-kurangnya 10 tahun berkhidmat.

Menurut mereka, bawah skim sekarang, kebanyakan daripada lebih 300,000 pesara tentera hidup susah dan termasuk dalam kategori berpendapatan 40 peratus terkebawah B40.

Sementara itu, polis dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap  penganjuran perhimpunan semalam bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana berhimpun tanpa kebenaran.

Lihat Komen
ADS