2,000 hadiri ceramah boikot pilihanraya
Lebih 2,000 membanjiri dewan utama ibupejabat PAS di Taman Melewar, Gombak malam Sabtu lalu untuk mendengar penjelasan Bersih mengenai sebab-sebab mengapa parti pembangkang memboikot pilihanraya kecil Batu Talam.
Lebih 2,000 membanjiri dewan utama ibupejabat PAS di Taman Melewar, Gombak malam Sabtu lalu untuk mendengar penjelasan Bersih mengenai sebab-sebab mengapa parti pembangkang memboikot pilihanraya kecil Batu Talam.
Bersih gabungan parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan untuk menuntut supaya proses dan prosedur pilihanraya dirombak sepenuhnya supaya bersih dan adil.
Gabungan tersebut sedang melancarkan kempen ke seluruh negara untuk mendidik rakyat mengenai kepincangan dalam sistem pilihanraya negara ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat Parti Rakyat Keadilan (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di majlis tersebut. Dua orang lagi penceramah ialah bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ibrahim Ali; Presiden MTUC, president Syed Shahir dan Yap Swee Seng dari Suaram.
Dalam ucapannya, Abdul Hadi menolak dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Jumaat lalu bahawa pihak pembangkang takut untuk bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.
Anwar pula berkata, keputusan untuk memboikot pilihanraya kecil itu bukanlah suatu yang mudah, tetapi ia amat penting dilakukan supaya rakyat tahu bahawa hak mereka sebagai rakyat telah dirompak oleh kerajaan.
Sebelum ini, Yap mendakwa kerajaan sekarang tidak sah ekoran pendedahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa terdapat 180,000 pengundi dalam pilihanraya umum lalu.

