Negara ini mempunyai data yang mengelirukan mengenai buruh dan pekerja asing, kata pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram, sambil memberi amaran bahawa ini telah menyebabakan kegagalan dalam memahami isu dengan serius.
Bercakap pada forum pagi ini, dia mendedahkan terdapat perbezaan antara perangkaan Malaysia untuk buruh asing dengan anggaran syarikat telekomunikasi.
"Menikut anggaran syarikat telekomunikasi, terdapat kira-kira 6.7 juta (pekerja asing). Tetapi ketika itu, jika kita lihat data buruh, kita dapati jumlah tenaga buruh di Malaysia adalah 15 juta orang’ (Daripada jumlah itu) 13 juta pekerja adalah warganegara, manakala 2.2 juta lagi adalah warga asing.
“Dengan kata lain, dua pertiga pekerja asing tidak direkodkan dan dikenali,” katanya.
Jomo adalah antara ahli panel pada forum semasa Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia 2022 di Kuala Lumpur, sebuah program anjuran Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik.
Adalah dipercayai pakar ekonomi itu merujuk kepada anggaran yang dibuat pada 2014. Menteri sumber manusia ketika itu Richard Riot dilaporkan berkata terdapat kira-kira 6.7 juta pekerja asing di negara ini, dengan lebih separuh daripada mereka tidak mempunyai permit.

Jabatan Perangkaan pada 2020, menyatakan bahawa terdapat 14.7 juta pekerja di Malaysia pada 2018, termasuk 2.18 juta pekerja asing. Jumlah pekerja asing dikatakan menurun sebanyak 2.7 peratus pada 2018 berbanding 2.24 juta pada 2017.
Jomo memberitahu forum itu bahawa adalah penting bagi negara mengiktiraf sumbangan pekerja asing, yang menurutnya mempunyai implikasi yang besar.
Katanya, dengan tidak mengambil kira jumlah pekerja asing tanpa izin di negara ini, anggaran produktiviti negara akan terpesong.
"Saya fikir adalah sangat penting untuk mengiktiraf sumbangan pekerja asing kerana ia mempunyai implikasi besar. Dan kita tidak akan memahami isu ini dengan serius.
"Hakikatnya, kita mungkin boleh memahami isu ini dengan lebih baik, tetapi malangnya ini tidak dilakukan.
"Saya fikir ia sangat penting, memandangkan perangkaan rasmi kita mengecualikan pekerja asing terutamanya pekerja asing tanpa izin, kita sebenarnya mempunyai statistik buruh yang sangat mengelirukan.

"Perkara lain yang harus kita nyatakan, dengan mengecualikan kehadiran pekerja asing tanpa izin, dengan tidak mengambil kira peranan bukan warganegara dalam ekonomi Malaysia, anggaran produktiviti kita sangat diputarbelitkan.
“Ia langsung tidak menggambarkan keadaan sebenar,” katanya.
