Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
RFID tergendala
Diterbitkan:  Jun 17, 2022 4:14 PM
Dikemaskini: 8:14 AM

E-dompet Touch 'n Go mengalami gangguan teknikal di seluruh negara yang mungkin boleh menjejaskan perkhidmatan pembayaran termasuk RFID dan PayDirect.

Syarikat itu memohon maaf kepada mereka yang terjejas atas kesulitan dan sedang membetulkan gangguannya.

"Kami faham anda sedang mengalami gangguan perkhidmatan dalam eWallet anda pada masa ini dan mungkin tidak dapat melakukan pembayaran termasuk transaksi RFID & PayDirect. 

"Yakinlah bahawa kami sedang membetulkan perkara ini dan akan mengemas kini anda dengan sewajarnya, sebaik sahaja ia kembali dalam talian. 

"Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda," katanya syarikat itu dalam kenyataan melalui Facebook, sebentar tadi.

Lihat Komen
ADS