Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
2,796 kes baru Covid-19, satu kematian
Diterbitkan:  Jun 24, 2022 9:41 AM
Dikemaskini: 1:41 AM

Sebanyak 2,796 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan pada Khamis, sekali gus mencatatkan rekod tertinggi sejak 13 Mei.

Kes aktif kini berjumlah 27,318, meningkat 20.1 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (930)

Kuala Lumpur (843)

Pulau Pinang (203)

Negeri Sembilan (156)

Sabah (137)

Perak (123)

Melaka (109)

Sarawak (70)

Johor (52)

Kedah (49)

Putrajaya (48)

Pahang (30)

Kelantan (29)

Terengganu (8)

Perlis (6)

Labuan (3)

Satu kematian dilaporkan semalam di Kuala Lumpur yang berlaku di luar hospital atau 'brought in dead' (BID).

Sepanjang minggu lalu, purata 1.7 orang meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 3.2 orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari lalu.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,742 kematian direkodkan.

Sebanyak 66 kematian dilaporkan setakat bulan ini berbanding 129 kematian pada bulan lepas dan 564 kematian pada April.

Pada masa ini seramai 1,009 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 38 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (183) diikuti Johor (85) dan Sabah (61).

Lihat Komen
ADS