Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saksi percaya Lim dirasuah tapi tak nampak bayaran dibuat
Diterbitkan:  Jun 28, 2022 12:44 PM
Dikemaskini: 5:54 AM

Bekas pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd memberi keterangan bahawa dia percaya bahawa rasuah diberikan kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng

Bagaimanapun, dalam keterangan berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 billion di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Ibrahim Sahari berkata dia tidak melihat sendiri pemberian itu dibuat.

Saksi ke-29 pihak pendakwaan itu berkata demikian dalam keterangan lisannya.

Ibrahim berkata dia percaya perkara itu berlaku susulan kenyataan pengarah eksekutif kanan syarikat itu Zarul Ahmad Mohd Zulkifli pada Januari 2018 bahawa rasuah dibayar kepada tertuduh.

Saksi itu mendakwa dia membantu bekas naib presiden syarikat Azli Adam mendapatkan cek dummy supaya Zarul boleh mengeluarkan dana syarikat untuk digunakan sebagai dakwaan rasuah kepada Lim.

Bagaimanapun semasa pemeriksaan balas oleh peguan utama pasukan pembelaan Gobind Singh Deo, Ibrahim bersetuju dia tidak nampak sendiri dakwaan rasuah itu berlaku.

Gobind: Kamu pada sebarang masa tidak nampak kepada duit ini dibayar?

Ibrahim. Saya setuju.

Semalam, Azli berkata Zarul mengaku dan Ibrahim mengaku padanya berkaitan dakwaan rasuah kepada Lim.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS