Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hamzah sangkal barangan asas dijual mahal pada tahanan imigresen

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin menolak bahawa barangan asas dijual pada harga yang sangat tinggi kepada tahanan di pusat tahanan imigresen.

Ia di sebalik banyak keterangan yang membangkitkan tentang perkara itu.

"Anda tahu ia tidak benar," katanya kepada pemberita di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.

Hamzah berkata demikian apabila diminta mengulas pengalaman warga China yang ditahan di pusat tahanan imigresen Pekan Nanas tahun lalu.

Bekas tahanan itu - yang sudah pun pulang ke China - memberitahu Malaysiakini yang barangan asas seperti sabun dan tuala memerlukan belanja sehingga RM100. Harga makanan juga mahal, katanya.


Makanan meloyakan, beli sabun RM100 untuk panggilan telefon


Barangan tersebut didakwa diperolehi melalui seorang pegawai imigresen yang dipanggil sebagai 'bos' di blok tahanan dan bayaran dibuat ke akaun bank yang menggunakan nama berbeza.

Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada 2019 menyatakan tahanan hanya diberikan sabun dan alat kebersihan diri lain, seperti ubat gigi, hanya sekali untuk seluruh tempoh tahanan, yang akhirnya menyebabkan tersebarnya penyakit kulit di kalangan mereka.

Lihat Komen
ADS