Seramai 7,131 atau 68 peratus daripada 10,525 pemilih keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Batu Talam apabila pengundian ditutup pada jam 5 petang ini.

Pengundian dijalankan di 12 pusat mengundi bermula mulai jam 8 pagi tadi dan proses penjumlahan sedang dijalankan di Dewan Jubli Perak Daerah Raub.

Keputusan pilihanraya kecil itu dijangka dapat diumumkan selewat-lewatnya jam 9 malam ini.

Pilihanraya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya dari Barisan Nasional (BN) Datuk Tengku Paris Tengku Razlan pada 27 Disember lalu akibat kanser paru-paru dan usus.

Pilihanraya kecil itu menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN), Abd Aziz Mat Kiram, 47, dicabar calon Bebas Ng Chee Pang, 22.

Klik untuk saksi klip video