Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Batu Talam dengan pertambahan majoriti sebanyak dua kali ganda.

Menurut keputusan tidak rasmi, calon BN, Abdul Aziz Mat Kiram memperolehi lebih 90 peratus daripada jumlah pengundian hari ini.

Apabila pengundian ditutup jam 5 petang tadi, seramai 7,131 atau 68 peratus pemilih berdaftar telah keluar mengundi.

Malaysiakini juga difahamkan, calon bebas, Ng Chee Pang telah hilang wang pertaruhannya selepas gagal memperolehi satu peratus undi.

Keputusan rasmi akan diumumkan pada bila-bila masa.