Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Puad: Muhyiddin mahu Faizal Azumu jadi TPM
Diterbitkan:  Jul 5, 2022 11:18 AM
Dikemaskini: 3:21 AM

Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zakarshi mendakwa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mahu supaya timbalannya Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

“Katanya Muhyiddin mahu Ahmad Faizal Azumu jadi timbalan perdana menteri kerana dia timbalan presiden PPBM. Bukan Azmin Ali.

“Azmin mesti marah. Politik bertambah tidak stabil,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Puad mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa dia telah membincangkan pelantikan kabinet - termasuk jawatan timbalan perdana menteri yang kosong - dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Bagi Puad, tindakan melobi Muhyiddin itu menyebabkan politik negara semakin tidak stabil kerana selagi permintaan itu tidak dipenuhi, Ismail Sabri akan terus diugut dan ditekan.

“Antara bentuk ugutan yang boleh berlaku ialah, tarik sokongan, menteri Bersatu tidak beri kerjasama dalam kabinet, tidak ikut arahan atau buat keputusan bercanggah dengan PM, dakwanya.

Menurut Puad, Muhyiddin mahu jawatan Zuraida Kamaruddin sebagai menteri industri perladangan dan komoditi yang baru-baru ini meninggalkan Bersatu segera digantikan.

“Muhyiddin mahu isu ini diselesai segera untuk elak lagi ramai ahli parlimen Bersatu jadi katak.

“Wan Ahmad Fayhsal dan Wan Saiful (Wan Jan) sama sama bersaing untuk isi tempat Zuraida.

“Antara dua Wan ini, siapa hati kecil,” sindirnya.

Zuraida meninggalkan Bersatu pada 24 Mei untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) - parti yang menyokong Ismail Sabri. Setakat ini, perdana menteri belum menyatakan sama ada Zuraida akan diganti.

Lihat Komen
ADS