Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rizab antarabangsa BNM berkurangan kepada AS$109 bilion
Diterbitkan:  Jul 7, 2022 4:25 PM
Dikemaskini: 8:30 AM

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$109 bilion pada 30 Jun 2022.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu dipetik Bernama berkata paras rizab itu adalah memadai untuk membiayai 5.8 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab mata wang asing sebanyak AS$97 bilion setakat 30 Jun selain kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.3 bilion) Hak Pengeluaran Khas (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).

Sebagai perbandingan, rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$111.4 bilion pada 13 Mei, 2022.

Pada 29 April, 2022 pula, rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.5 bilion.

Ini bermakna sejak itu jumlahnya telah menyaksikan penyusutan sebanyak RM3.5 bilion.

Lihat Komen
ADS