Helikopter terhempas: mayat penumpang yang hilang dijumpai
Pasukan mencari dan menyelamat telah menemui mayat seorang lagi penumpang helikopter yang terhadap di lautan, 40km dari Bintulu, Sarawak.
Mayat juruteknik Aewan Faslasaini Sallehin, 22, ditemui terperangkap dalam helikopter yang terhempas itu.
Helikopter jenis Super Luma L2 itu terhempas ketika dalam perjalanan ke pelantar D18 bagi menghantar lapan lagi kakitangan Petronas Carigali.
Helikopter berkenaan dilaporkan berlepas dari Miri pada jam 1.03 petang tetapi telah terputus hubungan pada pukul 2.40 petang.
Ketua Polis Marin Sarawak ACP Taib Sabot berkata, dua bot polis marin yang berpangkalan di Bintulu memulakan operasi sejak awal pagi dengan disertai tujuh penyelam dari Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching.
Bot pertama, katanya, berlepas jam 4 pagi dan dan bot kedua jam 6 pagi bersama 30 anggota.
Pekerja Petronas Carigali
"Unit udara polis juga terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pada pagi ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Dalam kejadian semalam, sembilan orang terselamat, manakala seorang lagi hilang yang dikenali sebagai Irwan Saslas Aini Salihin,26, di lautan apabila sebuah helikopter yang membawa kakitangan Petronas Carigali terhempas.
Mangsa yang hilang ialah seorang juruteknik Syarikat DJ-Tech Sdn. Bhd. yang berasal dari Kuala Baram, Sarawak.
Mereka yang terselamat ialah dua juruterbang Malaysia Helicopter Services yang dikenali sebagai Kapten Abdullah Ishak dan Kapten Thiet serta tujuh penumpang Zazali, Samsudin, Harry Sedadu, Marson Leju, Effendi, Joseph dan Tony.
Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Huang Tiong Poh berkata, kejadian yang berlaku pada jam 2.40 petang semalam selepas helikopter itu yang membawa 16 orang termasuk juruterbang, menurunkan kumpulan pertama tujuh kakitangan syarikat terbabit di pelantar minyak D35.

