Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bahas usul Sulu boleh dedahkan strategi negara, kata Azhar

PARLIMEN | Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun hari ini sekal lagi menolak usul agar isu berkaitan kesultanan Sulu dan Petronas dibahaskan oleh ahli parlimen.

Menjelaskan keputusan itu Azhar berkata, membahaskan usul berkenaan boleh mendedahkan strategi pasukan perundangan kerajaan kepada pihak musuh.

“Mahukah kita bincang dan sedang ketika perbincangan tu berjalan kita tak tahulah apa yang akan dikatakan.

“Maka terserlahlah strategi kerajaan untuk buat itu dan ini, (kemudian) akan ada kritikan terhadap tindakan kerajaan.

“Kemudian pihak yang satu lagi (di luar negara) boleh membacanya.

“Apakah itu tidak akan merosakkan kepentingan kerajaan dalam prosiding litigasi tersebut? Mahukah kita tunjuk strategi kita kepada dunia?” katanya.

Menurut Azhar sama seperti strategi berperang, perkara yang sangat penting bagi proses litigasi unsur kejutan.

Justeru, kata Azhar, menjadi tanggungjawab untuknya memastikan strategi negara ini tidak didedahkan kepada pihak luar.

Perlu dihukum oleh rakyat

Pewaris sultan Sulu yang terakhir, Sultan Jamalul Kiram II, menggunakan proses undang-undang antarabangsa dalam usaha menuntut bayaran pajakan tertunggak AS$14.92 bilion untuk Sabah.

Proses timbang tara dimulakan sebagai tindak balas kepada Malaysia yang memotong pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada kesultanan Sulu pada 2013.

Berikutan itu, pihak Sulu - melalui peguam mereka - berjaya merampas dua anak syarikat Petronas yang diperbadankan di Luxembourg bernilai AS$2 bilion.

Malaysia mencabar tuntutan Sulu di mahkamah di Sepanyol dan Perancis.

Azhar berhujah sebarang perbahasan mengenai perkara itu bercanggah dengan perintah tetap Parlimen mengenai subjudis.

Azhar berkata demikian sebagai menjawab bantahan yang dibangkitkan Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) yang berhujah, keputusan subjudis yang dibuat semalam dan sehari sebelumnya adalah tidak betul kerana peraturan itu harus digunakan berdasarkan kes demi kes.

Terdahulu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) berhujah, parlimen sepatutnya membenarkan usul tersebut dibahaskan dan ia boleh dibuat tanpa menyentuh isu mahkamah.

Hal itu, katanya, membolehkan ahli parlimen mengisytiharkan sokongan secara rasmi terhadap usaha kerajaan untuk melindungi kepentingan negara, jika ia adalah langkah yang betul.

Bagaimanapun, Azhar berkata usul tergempar yang diminta di bawah seksyen 18(2) itu hanyalah "perbincangan" dan bukan perbahasan sebenar dengan sebarang keputusan.

Justeru, dia menasihatkan ahli parlimen mengemukakan perkara itu di Dewan Rakyat melalui soalan lisan.

Penyerahan soalan lisan biasanya dibuat sebelum Dewan Rakyat bersidang. Bagaimanapun, Ahli Parlimen mempunyai ruang untuk mengemukakan soalan semasa sesi soalan menteri iaitu setiap Selasa dan Khamis.

Anwar juga berkata, mana-mana ahli parlimen Sabah yang tidak menyokong usaha membahaskan isu Sulu di Parlimen perlu dihukum oleh rakyat Sabah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS