Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rafizi faham Anwar tak sepopular dulu - Dr M
Diterbitkan:  Jul 21, 2022 1:04 PM
Dikemaskini: 5:06 AM

Ada pertembungan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan timbalannya yang baru Rafizi Ramli?

Bagi bekas perdana menteri dua kali Dr Mahathir Mohamad perkara itu masih belum jelas.

Malah, katanya, ia mungkin hanya strategi politik bagi memberi gambaran kepada rakyat seolah-olah bukan semua ahli dan pemimpin parti menyokong Anwar.

“Ini kerana, saya rasa Rafizi faham bahawa Anwar tidak lagi popular seperti dahulu. Jika Anwar hendak bercerita lagi kisah beliau dianiaya, ia sudah tidak berkesan di hati rakyat.

“Anwar juga masih tiada cakap lain, asyik bercakap hendak menjadi perdana menteri sahaja.

“Sebab itu, saya perlu mendapat sedikit masa lagi untuk melihat tingkah laku Rafizi. Betulkah Rafizi tolak Anwar atau itu cuma strategi politik PKR?” katanya dalam satu wawancara dengan Sinar Harian di Kuala Lumpur pada Rabu.

Rafizi menjadi kritikal secara terbuka terhadap Anwar sejak 2018. Pada Disember 2020, dia memberi amaran bahawa tokoh pembangkang itu dikelilingi oleh pihak yang oportunis.

Dalam kongres tahunan parti baru-baru ini, ketika disahkankan sebagai timbalan presiden, dia menyatakan kesetiaannya pada parti, walaupun masih dengan kenyataan-kenyataan lantangnya.

Lihat Komen
ADS