Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kosmetik ada bahan bahaya ditarik balik 24 jam dari pasaran
Diterbitkan:  Jul 25, 2022 2:00 PM
Dikemaskini: 6:00 AM

Produk kosmetik dan ubat-ubatan yang mengandungi bahan berbahaya kepada kesihatan pengguna akan diarah ditarik balik dari pasaran dalam masa 24 jam, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Dr Noor Azmi berkata bagi produk yang mendatangkan risiko kecil atau produk yang tidak mencapai standard kualiti yang ditetapkan, ia perlu ditarik balik dari pasaran dalam tempoh 72 jam (tahap 2).

“Tahap 3 pula produk dengan masalah-masalah lain, ia perlu ditarik balik dari pasaran dalam tempoh 30 hari,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Noor Azmi Ghazali

Beliau menjawab soalan Sabri Azit (PAS-Jerai) yang mahu menteri kesihatan menyatakan mengenai tindakan pemantauan kerajaan bagi menangani doktor media sosial yang berleluasa melariskan jualan kosmetik hingga menyebabkan kesan sampingan kepada pengguna.

Dr Noor Azmi berkata pada tahap 1, produk akan ditarik balik dari semua pengguna, tahap 2 ditarik balik dari semua tempat yang membekalkan kepada pengguna seperti hospital, farmasi, klinik dan sebagainya manakala pada tahap 3 ia ditarik balik dari semua pemborong/pengedar produk.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS