Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lebih ramai nama ahli politik didakwa terima wang UKSB
Diterbitkan:  Jul 25, 2022 3:16 PM
Dikemaskini: 10:30 AM

Lebih ramai nama ahli politik dikaitkan dengan buku lejar milik Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang menjadi perhatian dalam perbicaraan membabitkan kes rasuah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Hari ini Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu, Ketua Penerangan Umno Malaysia Shahril Hamdan dan dua bekas pemimpin MCA adalah antara yang menerima dana daripada UKSB.

Menurut seorang saksi penting pendakwaan, David Tan Siong Sun, Shahril dirujuk sebagai S Pat dalam buku lejar syarikat terbabit.


Shahril, Ong Ka Chuan nafi terima wang dari UKSB

PANDUANKINI l Kenali mereka yang dicatat dalam lejar UKSB


Bekas pengurus pentadbiran UKSB itu menjelaskan bekas pemimpin MCA yang dimaksudkan itu ialah Chan Kong Choi dan Ong Ka Chuan.

Chan ialah bekas timbalan presiden MCA dan pernah berkhidmat sebagai menteri pengangkutan, manakala Ong bekas setiausaha agung parti berkenaan.

Memetik keterangan Tan ketika sesi pemeriksaan balas peguam bela tertuduh, Ahmad Zaidi Zainal, Malay Mail melaporkan, Shahril didakwa menerima RM1.16 juta untuk pembiayaan politik, manakala Chan menerima RM7,856,920 selain RM922,820.oleh Ong.

Shahril didakwa dibayar kerana menjadi sekutu rapat kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

"Beliau menerima bayaran bulanan sebagai derma politik dan untuk pilihan raya umum," kata Tan yang dipetik Free Malaysia Today.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS