Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Potong gaji menteri demi solidariti dengan rakyat - Khaled
Diterbitkan:  Jul 26, 2022 11:41 AM
Dikemaskini: 6:13 AM

Naib Presiden Umno Khaled Nordin mengakui tiada negara yang berjaya menurunkan inflasi dengan memotong gaji menteri.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu dapat menunjukkan solidariti dan keinsafan terhadap kesusahan dan keperitan di sekeliling kita. 

“Lupakah pengajaran yang kita dapati dari kewajipan berpuasa,” katanya mengulas kenyataan Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa.

Annuar semalam mencabar pihak yang mencadangkan gaji menteri dipotong supaya menamakan negara yang berjaya menurunkan inflasi melalui langkah itu.

Annuar yang juga menteri komunikasi dan multimedia membayangkan walaupun gaji setiap menteri dipotong, penjimatannya tidak memadai untuk mengubah keadaan.

Sebelum ini, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Rafidah Aziz mencadangkan gaji menteri dipotong sebagai tanda empati ketika rakyat bergelut dengan keadaan ekonomi semasa.

Tunjuk perasaan “Turun” di ibu kota Sabtu lalu juga membangkitkan isu kenaikan harga barang dan menyuarakan gesaan yang sama.

Lihat Komen
ADS