Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
SPRM tahan dua lagi individu kes rasuah kuota pekerja asing
Diterbitkan:  Aug 4, 2022 3:11 PM
Dikemaskini: 7:42 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua lagi individu hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah bagi mendapat kuota pekerja asing di negara ini.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan kedua-dua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 7 Ogos selepas pihak SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan reman tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30an dan 50an itu merupakan ahli perniagaan dan pemilik syarikat agensi pekerjaan.

Mereka ditahan kira-kira jam 10 dan 12 malam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Sumber berkata, ahli perniagaan tersebut disiasat berhubung penerimaan wang rasuah berjumlah lebih RM1 juta daripada ejen pekerjaan manakala seorang lagi suspek disyaki membayar rasuah kepada syarikat penyedia platform bagi permohonan pekerja asing.

Penahanan itu dibuat susulan penahanan enam suspek semalam termasuk ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat teknologi maklumat (IT), pegawai kanan syarikat itu dan empat yang lain daripada agensi pengambilan pekerja.

Dua lagi individu semalam dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Bestinet dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini hari ini berkata syarikat itu dan kakitangannya yakin akan dibebaskan daripada semua tuduhan yang kini disiasat oleh SPRM.

Bestinet mengendalikan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang digunakan di negara ini bagi menguruskan proses pengambilan dari semua negara sumber.

Lihat Komen
ADS