Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lim gesa sidang DUN tergempar tentukan status kerusi Adun dipecat parti
Diterbitkan:  Aug 5, 2022 1:36 PM
Dikemaskini: 5:41 AM

Perlu ada sidang khas tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk menentukan nasib status kerusi dua bekas wakil rakyat PKR yang dipecat parti, kata Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Katanya memandangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang lompar parti belum diwartakan, keputusan Mahkamah Persekutuan berkuat kuasa–yang bermaksud Seksyen 14A dalam undang-undang tubuh negeri harus diguna pakai.

Perkara 14A perlembagaan negeri Pulau Pinang memperuntukkan bahawa anggota DUN (Adun) hendaklah mengosongkan kerusi jika meletakkan jawatan atau dipecat daripada parti.

“Rakyat Pulau Pinang ingin melihat pelaksanaan bersejarah pengisytiharan dua kerusi PKR itu dikosongkan dengan menguatkuasakan pindaan perlembagaan Pulau Pinang 2012 bagi menyaksikan hancurnya ‘katak’ politik, katanya.

Lim merujuk kepada dua bekas anggota DUN (Adun) PKR – Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh).

Afif dan Zulkifli dipecat pada Jun 2020 bersama ketua Wanita PKR Haniza Talhadan ketua wanita Pulau Pinang Nur Zarina Zakaria selepas dikaitkan dengan bekas timbalan presiden PKR yang berpaling tadah Azmin Ali.

Lihat Komen
ADS