Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Putra sambut baik naib presidennya keluar parti
Diterbitkan:  Aug 11, 2022 2:00 PM
Dikemaskini: 6:00 AM

Keputusan naib presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Hamidah Osman dan Ahli Dewan Tertinggi Ahmad Hasbullah Alias keluar parti tidak menjejaskan momentum dan gerak kerja parti, kata Borhan Ahmad Zakaria.

Malah, setiausaha agung Putra itu berkata mereka menyambut baik langkah Hamidah dan Hasbullah yang berundur kerana membantah kerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air melalui gabungan baru  Gerakan Tanah Air (GTA).

"Pemimpin datang dan pergi. 

“Patah tumbuh hilang berganti," katan Borhan.

Semalam, Hamidah mengumumkan keluar parti serta-merta kerana Putra pimpinan veteran politik Ibrahim Ali untuk menyertai GTA dan bekerjasama dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat itu berkata dia tidak akan menyertai mana-mana parti politik tetapi akan menggunakan platform lain bagi memperjuangkang isu pilihannya, iaitu tanah rizab Melayu.

Pada 4 Ogos, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan GTA, merangkumi beberapa parti politik kecil Melayu-Islam.

Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Borhan berkata keputusan untuk menyertai GTA merupakan keputusan sebulat suara oleh ahli dewan tertinggi Putra.

"Usaha mencari kesepakatan penggabungan parti-parti Melayu telah dibentangkan secara terperinci tentang nasib dan masa depan bangsa Melayu berdasarkan faktor-faktor ekonomi dan perpecahan bangsa Melayu.

"Mandat dan keputusan bersama ini telah direalisasikan ke mesyuarat Majlis Presiden GTA," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS