Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PH belum bincang kerjasama dengan parti lain - Fahmi
Diterbitkan:  Aug 13, 2022 6:36 PM
Dikemaskini: Aug 15, 2022 1:54 AM

Nota editor: Laporan ini telah diperbetulkan berikutan penjelasan diberikan Fahmi Fadzil. Malaysiakini memohon maaf atas kesulitan tersebut.

Pakatan Harapan (PH) masih belum membincangkan sebarang kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang lain bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang, kata pengarah komunikasi gabungan itu, Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, perbincangan berkenaan masih terlalu awal memandangkan PH masih belum membuat sebarang keputusan mengenai rundingan kerusi.

“Sekiranya semasa membincangkan pembahagian kerusi, sebarang perbincangan lain timbul, jika ada pengumuman untuk bekerjasama, maka ia akan berada di peringkat itu, bukan pada peringkat ini.

“Tiada perbincangan di peringkat majlis presiden Pakatan Harapan mengenai sebarang bentuk kerjasama dengan sesiapa di luar PH,” kata Fahmi kepada Malaysiakini hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata PKR telah membuat keputusan untuk bertanding di semua kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2018 dan hal itu tidak akan dirundingkan.

"Kita fokus pada kerusi yang PKR menang. Kita akan tanding semula di kerusi yang kita menang (PRU 2018), termasuk kerusi (Parlimen) Ampang, Gombak, Tebrau, Batu Pahat dan Segamat. Ini kerusi yang kita menang, maka kita akan terus bertanding," katanya seperti dilapor Berita Harian.

PKR memenangi kerusi-keruusi berkenaan pada PRU 2018 lalu, namun wakil rakyatnya keluar parti pada Februari 2022 susulan kejatuhan kerajaan PH.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata tumpuan perbincangan kerusi dalam PH kini tertumpu kepada 52 kerusi yang sebelum ini ditandingi Bersatu.

"Saya lihat perbincangan semakin rancak dalam kalangan pimpinan dan tidak mustahil dalam masa terdekat, kita akan buat pengumuman yang bersesuaian," katanya.

Lihat Komen
ADS