Gabenor Aceh mati hidup semula
Sambil duduk di atas bumbung bangunan penjara, 'banduan' Irwandi Yusuf merenung lautan air di sekelilingnya. Berjam-jam sudah berlalu. Dia teringatkan isteri dan tiga orang anaknya, yang dia sendiri tidak tahu untung nasib mereka.
Sambil duduk di atas bumbung bangunan penjara, 'banduan' Irwandi Yusuf merenung lautan air di sekelilingnya. Berjam-jam sudah berlalu. Dia teringatkan isteri dan tiga orang anaknya, yang dia sendiri tidak tahu untung nasib mereka.
Irwandi adalah seorang daripada dua banduan seorang lagi pencuri kecil-kecilan yang memanjat naik ke atas bumbung itu selepas Aceh dilanda tsunami pada lewat pagi 26 Disember 2004 yang meragutkan 160,000 nyawa di Indonesia sahaja.
"Saya tidak lari dari penjara, tetapi penjara yang lari dari saya," kata berseloroh. Seperti kebanyak penduduk Aceh, walaupun telah menderiita dan terselamat daripada bencara alam yang menggerunkan, dia masih mampu berseloroh.
Irwandi dilahirkan di sebuah desa di utara Aceh 47 tahun yang lalu. Beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang sains veterinar di University Syiah Kuala. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena sebelum bencana tsunami menimpa selepas memerhatikan kelakuan aneh burung camar dari tingkap penjaranya.
Pada 1990, dia mendapat dermasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Oregon, Amerika Syarikat. Apabila pulang ke Aceh, dia bertugas sebagai pensyarah universiti. Pada masa itulah dia secara rasmi menyertai GAM Pergerakan Aceh Merdeka yang berjuang untuk kemerdekaan wilayah tersebut.
Empat tahun lalu, Irwandi ditahan di Jakarta dan dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara kerana memberontak. Dia dihantar ke sebuah penjara di Aceh sehinggalah pada hari ombak tsunami memusnahkan wilayah yang bergolak itu.
Cerita Irwardi sendiri
Berikut adalah kisah hidup Irwandi sepertimana yang diceritakannya kepada malaysiakini bagaimana dia terselamat daripada bencana tsunami:
Saya dilahirkan di Bireuen, di untara Aceh. Semangat kemerdekaan sudah berputik sejak saya berusia lapan tahun lagi selepas saya sudah boleh membaca. Buku pertama saya bertajuk "Singa Aceh", yang menceritakan bagaimana Aceh menjadi wilayah Indonesia. Di zaman kanak-kanak saya banyak membaca mengenai - astronoi, sejarah dan mekanik. Buku-buku ini membantu bentuk hidup saya. Saya berusia 16 tahun ketika Hassan Di Tiro (ketua puak pemisah Aceh) melancarkan gerakan mendapatkan kemerdekaan pada 1976. Ketika itu, saya tidak tahu siapakah anggota pejuang pemisah itu.
Pada 1990, saya melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat. Pada masa itu, DOM (operasi ketenteraan paling kejam terhadap GAM) mula dilancarkan di Aceh. Saya memantau keadaan itu dari luar negara. Ketika itu, saya sudahpun tahu mengenai GAM, tetapi tidak menyertai kerana berada jauh di perantauan.
Pada 1991, saya pulang sekejap untuk menziarahi bapa saya yang sedang sakit. Tanpa sebaran sebab, saya disoalsiasat oleh Kopassus (Pasukan Gerakan Khas Tentera Indonesia). Selepas menamatkan pengajian, saya kembali ke Aceh dan terus menyertai GAM. Pada masa itu, ramai yang secara terbuka menyertai GAM. Saya diminta oleh GAM untuk membantu dengan urusan pentadbiran seperti melayari berita-berita di Internet, membuat kepala suarat dan sebagainya. Pada masa yang sama, saya mendapat kerja sebagai pensyarah di Universiti Syariah Kuala. Saya mengendalikan pusat komunikasi GAM sambil bekerja di universiti tersebut.
Saya percaya lebih baik wujud keamanan daripada peperangan. Tetapi say ajuga tahun saya mesti bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya perang tercetus lagi. Keluarga saya tidak tahu langsung mengenai pembabitan saya dalam GAM sehinggalah saya ditahan.
Saya ditahan di Jakarta lim ahari selepas undang-undang tentera diisytiharkan (pada Mei 2003). Mereka mengesan panggilan telefon yang saya buat dan menahan saya. Saya dibawa pulang ke Aceh dan ditahan dalam bilik tahanan seluas 3 x 4 meter bersama 44 tahanan lain. Saya mempunyai satu telefon bimbit yang baru dalam penjara tetapi tidak mempunyai duit untuk membeli kredit (kad SIM) kerana pihak universiti sudah berhenti membayar gaji saya.
Namun begitu, saya masih boleh menggunakan telefon untuk menyiarkan secara langsung (mengenai keadaan dalam penjara) daripada tandas penjara. Amnesty International kemudiannya melaporkan mengenai penahanan saya dipenjara dan penyeksaan yang dilakukan. Kemudian bilik tahanan saya digeledah dan mereka menemui telefon bimbit saya. Naib baik kad SIM sempat saya sembunyikan.
Tidak selepas itu, saya telah dipindahkan ke bilik tahanan yang lebih besar. Di situ saya lebih bebas untuk bergerak kerana pengawal-pengawal itu agak baik dengan kami.
Sehari sebelum tsunami melanda, saya dapat merasakan yang sesuatu yang buruk bakal berlaku. Saya terfikir, ia mungkin gempa bumi yang kuat. Saya dilantik sebagai doktor veterinar. Bila saya melihat ke arah luat, saya nampak pelakuan ganjil burung camar. Mereka kelihatan seperti sedang melarikan diri ke tempat lain.
Hari tsunami melanda
Pada jam 2 pagi hari berkenaan, Cut Nurasyikin (seorang aktivis GAM yang menjalani hukuman 11 tahun penjara kerana terbabit dalam aktiviti anti-kerajaan) menelefon saya dari bilik tahanannya (di sebuah penjara lain di Aceh) untuk memaklumkan kepada saya bahawa pasukan kami telah menyerang satu unit tentera dan membunuh tiga anggota tentera laut. Kemudian, dua menyebut sesuatu yang ganjil.
"Aceh akan bebas tidak lama lagi," katanya sambil menambah, "Pada 30 Disember, cember, angkatan tentera laut Amerika akan mendarat di Aceh". Saya fikir mungkin dia agar bercelaru, tetapi dia menyebutkan semua itu dengan tegas sekali.
Saya bangun jam 7 pagi dan membuka pintu bilik tahanan saya. Kerana masih risau dengan keadaan Cut Nurasyikin, saya menghubungi Sira (sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang pro-kemerdekaan) dan bertanya khabarnya. Tiba-tiba saya terasa bumi bergegar. Saya cuba berdiri tegak tetapi tidak boleh. Blok B penjara itu, di mana terletakkan bilik tahanan saya, menempatkan semua tahanan anggota GAM.
Saya berlari ke arah pengawal yang bertugas di pintu utama dan memintanya membuka pintu itu supaya kami dapat ke Blok A di bahagian depan, tetapi mereka enggan berbuat demikian. Saya cuba menggunakan telefon bimbit saya untuk menelefon rumah tetapi tidak dapat talian. Saya terdengar bunyi sebuah bangunan runtuh. Saya terhoyong-hayang dan setiap kali ia berlaku agak lama.
Saya memberitahu tahanan yang lain mungkin tsunami akan melanda. Gempa bumi yang kuat pernah berlaku pada 1965 dan 1985 (diikuti oleh tsunami).
Kemudian, pengawal bertukar sif pada jam 7.30 pagi. Setiap orang diarahkan balik ke bilik tahanan kami. Saya masih berada di luar dan ternampak burung camar lagi. Kemudian saya terdengar bergolong-golong seperti bunyi seperti trak sedang dipandu laju ke arah kami. Saya meminta rakan-rakan supaya bertenang. Tiba-tiba seseorang terdengar menjerit, "Air laut!" dan semua orang bertempiaran lari. Hanya terdapat satu pintu kecil di blok pertama (Blok A). Pengawal sudah menutup dan menguncinya. Rama orang yang akan mati di sana.
Saya mengambil keputusan pantas melari balik semula dan memanjat naik ke bilik solat di tingkat dua. Saya melihat paras air naik dengan laju sekali dan melanggar tangga. Sejurus kemudian, air naik ke paras pinggang saya. Saya bercakap sendiria, "Sudah tiba masa untuk mati". Terdapat seorang lagi banduan dalam bilik tersebut. Dia seorang pencuri kecil-kecilan dan dia sedang menangis. Saya melaung kepadanya, "Mari panjat ke atas".
Ketika kami sampai ke atas kepala saya terantuk pada siling asbestos. Tanpa berfikir panjang saya menolak siling itu sekuat hati. Saya tidak tahu di mana saya mendapat kekuatan tersebut. Akhirnya ia terbuka dan kami berdua memanjut melaluinya untuk naik ke bumbung.
Kami duduk di situ sehingga paras air mulai surat. Saya simpan telefon, kaca mata dan kasut saya dalam sebuah beg plastik dan berjalan sejauh enam kilometer untuk pulang ke rumah. Ketika dalam perjalanan tersebut, saya ternampak mayat-mayat bergelimpangan. Saya ke rumah tetapi anggota keluarga saya tidak ada di sana.
Mencari keluarganya
Saya berjalan dan terus berjalan menuju ke mana sahaja yang terlintas di fikiran saya (untuk mencari keluarga saya). Saya berhenti di tempat-tempat mayat dikumpulakn. Saya mempunyai tiga orang anak perempuan. Di satu tempat saya menemui mayat seorang budak perempuan. Dia kelihatan betul-betul macam anak saya. Mukanya dipenuhi lumpur tebal. Saya cuba membasuh mukanya, tetapi seorang lelaki muncul dan berkata," Tuan, ini anak perempuan saya."
Saya berjalan lagi dan menemui satu lagi mayat yang mempunyai parut di dahinya seperti anak perempuan kedua saya. Saya terus membasuh dan mengelap mukanya, tetapi dia bukan anak saya.
Saya terus berjalan lagi menuju ke tempat lain. Sewaktu sedang mencari di celah-celah ribuan mayat itu,s aya terdengar satu suara memanggil."Pak Wandi!" Dia Yuni, anak gadis yang pernah tinggal bersama keluarga itu sedang menangis. Dia memberitahu semua orang di rumah selamat, dan tidak ingat sya sudah mati.
Ironinya, mereka menumpang kereta sebuah keluarga pegawai perisikan tentera di rumah sebelah. Saya sering bermain catur dengannya sebelum saya ditahan. Dia tahu dia seorang pegawai perisikan, tetapi kami(GAM) tidak mengapa-apanya. Mungkin kerana itulah dia baik dengan keluarga saya walaupun selepas saya ditahan.
Pada keesokannya, adik lelakinya datang ke Banda Aceh dari Bireuen dengan memakai pakaian untuk upacara perkebumian. Dia membuat pengumuman di masjid untuk mencari mayat saya. Bagi mereka saya sudah mati. Jadi secara diam-diam saya meninggalkan Aceh pada 3 Januari 2005 untuk ke Medan, kemudian ke Jakarta dan menunggu di sana.
Tetapi masih terdapat masalah yang perlu diselesaikan. Ketika saya dan seorang lagi tahanan tadi (pencuri kecil-kecilan) itu, berada di atas bumung, saya juga ternampak seorang pengawal penjara di atas bumbung banguna sebelah kami, dan di amelihat saya di situ. Dia seorang yang baik, tetapi kami dia dibiarkan tahu yang saya masih hidup, itu akan membahayakan "kematian rasmi" saya.
Jadi saya memutuskan untuk menelefonnya, dan berpura-pura sebagai seorang lagi anggota GAM untuk bertanya mengenai diri saya. Yang mengejutkan dia memuji saya, dan katanya, dia ternampak saya di atas bumbung bangunan. Saya mengucapkan terima kasih kepadanya dan memintanya mencari jika bertemu dengan saya 'hilang' dalan bencana itu. Beberapa hari kemudiannya, saaya menelefonnya dan memberitahunya tidak payah lagi mencari saya kerana pihak GAM telahpun menemui mayat saya. "Dia tidak selamat dalam gelombang tsunami kedua," kata saya kepadanya.
Saya tinggal selama sebulan di Jakarta sambil memberi temubual kepada para wartawan (menerusi telefon bimbit saya) Saya berpura-pura sebagai (orang lain) jurucakap GAM di dalam hutan. Akhirnya, Jabatan Kehakiman telah mengesahkan kematian saya. Di segi perundangan, saya sudah mati. Saya, Irwandi Yusuf, telah "terkorban" dalam bencana tsunami.
Irwandi - 'mati hidup semula'
Tidak lama kemudiannya, Irwandi meninggalkan Indonesia, dan hanya pulang beberapa bulan selepas itu untuk memberi sokongan perisikan kepada GAM sewaktu rundingan damai berlangsung di Helsinki, Finland. Dia pulang ke Aceh selepas perjanjian damai dimeteraikan dan menjadi pegawai perhubungan dalam Misi Pemantau Aceh (AMM) sebuah badan yang ditubuhkan untuk menyelia pelaksanaan perjanjian damai itu.
Perjanjian damai itu membuka jalan untuk mengadakan pilihanraya gabenor di Aceh pada 11 Disember 2005 di mana Irwandi bertanding sebagai calonnya. Dia dan calon pasangannya Mohammad Nazar menang.
Malangnya, Cut Nurasyikin, yang ditahan di sebuah penjara lain di Aceh terkorban dalam bencana tsunami. Tetapi betul cakapnya. Amerika memang datang dengan kapalperangnya untuk membantu rakyat Aceh yang ditimpa bencana tsunami. Dan Aceh kini sudah 'bebas'. Bagaimanapun, dia tidak tahu yang Irwandi akhirnya akan menjadi pemimpin baru wilayah berkenaan.
Semalam, Irwandi lelaki yang mati hidup semula mengangkat sumpah sebagai gabenor pertama yang dipilih untuk menerajui wilayah Aceh.
Bhg 1: Mangsa tsunami pikul tanggungjawab bina semula Aceh
PRANGTIP DAORUENG menjalankan penyelidikan mengenai proses damai di Aceh di bawah program darmasiswa intelektual Yayasan Nippon. Beliau melawat Indonsia pada 2002 and 2004.

