Peguam Najib tetap diberi peluang sedia hujah lisan
Diterbitkan: Aug 19, 2022 4:29 PM | Dikemas kini: Aug 19, 2022 6:36 PM
Peguam yang mewakili Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik mengulangi bahawa dia tidak akan membuat penghujahan lisan pada Selasa depan.
Bagaimanapun, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata mahkamah masih akan memberi peluang kepadanya untuk menyediakan penghujahan lisan.
Hakim Mahkamah Persekutuan itu berkata bahawa peguam ada masa esok, Ahad dan Isnin minggu depan untuk membuat persediaan.
Mahkamah kemudiannya menangguhkan prosiding hari ini dan bersambung pada Selasa minggu depan.
Timbalan pendakwa raya V Sithambaram sebelum ini menggulung hujah lisannya terhadap rayuan Najib.
“Tidak mengapa jika tidak bersedia untuk memfailkan hujahan bertulis. Boleh berhujah secara lisan,” kata Tengku Maimun.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/08/a465767ac46e5884c61d3099abe3f52a.jpg)
