Hakim Mohamed Zaini Mazlan membayangkan bahawa dia tidak cenderung untuk menangguhkan keputusan kes rasuah Rosmah Mansor berhubung projek solar sekolah luar bandar Sarawak.

Katanya, dia sendiri menghabiskan kebanyakan masa ketika cuti Hari Merdeka semalam untuk membaca permohonan yang difailkan pembelaan.

Sambil mengambil maklum yang peguam telah memfailkan perakuan segera agar permohonan pengguguran hakim didengar secepat mungkin, justeru dia menetapkan yang permohonan itu didengar hari ini.

"Apa-apa pun, anda telah failkan perakuan segera. Anda sepatutnya sedia. Anda kata ada keperluan untuk failkan balasan.

“Saya sudah baca (keseluruhan permohonan pengguguran hakim dan dokumen berkaitan," katanya sebelum menolak permohonan peguam utama Rosmah, Jagjit Singh yang meminta ia didengar pada tarikh lain.

Hakim itu juga menyoal peguam mengenai idea siapa di sebalik permohonan terbabit, yang dijawab Jagjit mereka bertindak atas arahan.

Permohonan Jagjit itu turut dibantah Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Gopal Sri Ram yang menegaskan bahawa pendakwaan bersedia untuk mengemukakan hujahannya.

Katanya, permohonan untuk menggugurkan hakim itu dibuat dengan jahat kerana ia tidak disokong dengan alasan kukuh.

Malah katanya dakwaan Rosmah selaku permohonan mengenai keputusan penghakiman yang bocor itu hanya berdasarkan dengar cakap.

"Ia bukan penghakiman bertulis, hanya hasil penyelidikan dan pendapat… permohonan notis usul ini tiada bukti kukuh dan hanya bersifat spekulasi.

"Ia dibuat dengan niat jahat semata-mata untuk menghalang hakim daripada memutuskan kes ini," katanya.

[Baca laporan penuh]