Kes Safari Lagoon: 19 pegawai, ktangan MPAJ terima surat tunjuk sebab
Seramai 19 pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diberikan surat tunjuk sebab kerana terdapat unsur kecuaian dalam aspek tanggungjawab berhubung kes Taman Tema Air Safari Lagoon yang beroperasi tanpa lesen sejak lapan tahun lalu.
Seramai 19 pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diberikan surat tunjuk sebab kerana terdapat unsur kecuaian dalam aspek tanggungjawab berhubung kes Taman Tema Air Safari Lagoon yang beroperasi tanpa lesen sejak lapan tahun lalu.
Lembaga Tatatertib MPAJ telah meneliti laporan siasatan jawatankuasa penyiasat yang dilantik berhubung isu taman tema itu dan memutuskan wujudnya kes prima facie terhadap 19 pegawai dan kakitangan terbabit.
Pegawai Perhubungan Awam MPAJ Norhayati Ahmad berkata siasatan berhubung taman tema air yang terletak di Pandan Perdana, Cheras dekat Ampang itu, selesai minggu lalu.
Menurut laporan Bernama, Norhayati berkata pegawai dan kakitangan terlibat diberi tempoh 21 hari, berkuatkuasa hari ini, untuk mengemukakan representasi masing-masing.
"Selepas menerima representasi daripada semua 19 pegawai dan kakitangan, Lembaga Tatatertib MPAJ akan bersidang semula untuk memutuskan tindakan yang sewajarnya," katanya.
Katanya, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut peruntukan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Majlis Perbandaran Ampang Jaya 1995.
Rahsia taman tema air yang beroperasi tanpa lesen selama lapan tahun itu terbongkar bulan lalu selepas seorang pekerjanya mati lemas akibat terperangkap dalam penyedut air tekanan tinggi ketika cuba mengambil barang pengunjung.
Ekoran insiden tersebut, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mengarahkan pegawai dan kakitangan MPAJ yang terlibat, dirujuk kepada jawatankuasa disiplin.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.