Kerajaan digesa meneruskan semula program vaksinasi  papilomavirus manusia (HPV) untuk remaja 13 tahun selepas pandemik menyebabkan 560,000 orang terlepas mengambil suntikan itu.

Vaksin HPV diberikan bagi membendung kanser serviks–kanser ketiga paling banyak dihidapi wanita di Malaysia. 

Dianggarkan setiap tahun seramai 1,740 wanita disahkan menghidap kanser serviks di Malaysia dan seramai 991 orang meninggal dunia.

“Statistik membimbangkang ini harus ditangani secara serius dan tindakan segera diperlukan bagi memulakan semula dan mengutamakan semula program vaksinasi di sampung melaksanakan rancangan malindungi golongan wanita daripada virus membunuh ini,” kata anggota parlimen Bandar Kuching MP Dr Kelvin Yii.

Wakil rakyat DAP itu juga menggesa Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut membantu menjayakannnya.

[Baca berita asal]