Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis reman bapa pelakon remaja kes dakwaan cabul
Diterbitkan:  Sep 8, 2022 8:46 AM
Dikemaskini: 12:46 AM

Polis telah menahan bapa kepada seorang pelakon remaja selepas didakwa mendera anaknya secara seksual.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di Kedah pada 2.25 petang Selasa.

“Lelaki itu didapati negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” lapor Harian Metro memetik Wan Azlan.

Polis turut merampas telefon bimbit suspek dan menghantarnya untuk pemeriksaan forensik.

Selain itu, suspek juga direman sehingga 12 Sept ini bagi membantu siasatan.

Pelakon berusia 15 tahun itu mula-mula membuat dakwaan bahawa dia didera secara seksual dan fizikal oleh bapanya, semasa ketiadaan ibunya, ketika dia berusia seawal enam tahun.

Dakwanya, selain menyuruhnya menonton filem lucah bersama lelaki itu, lelaki itu turut memukul dan mencabulnya serta beronani di hadapannya.

Pelakon itu telah membuat laporan polis berhubung dakwaan didera, manakala bapanya juga membuat laporan lain untuk menafikan dakwaan terhadapnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS