Umno Tganu lancarkan Lautan Biru untuk terus berkuasa
'Lautan Biru' Itulah slogan baru Umno Terengganu bagi menggantikan 'Gelombang Biru' yang berjaya menumbangkan kerajaan PAS di negeri itu dalam pilihanraya umum 2004.
'Lautan Biru' Itulah slogan baru Umno Terengganu bagi menggantikan 'Gelombang Biru' yang berjaya menumbangkan kerajaan PAS di negeri itu dalam pilihanraya umum 2004.
Kali ini, Umno Terengganu melancarkan 'Lautan Biru' bagi mendapatkan sokongan berganda rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Perubahan tersebut, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri yang juga Menteri Besar Datuk
Seri Idris Jusoh, perlu bagi memberikan impak yang lebih besar seterusnya memastikan parti itu kekal berkuasa di negeri ini.
"Kita jangkakan bilangan peratusan undi untuk BN akan meningkat sebanyak lima peratus pada pilihanraya akan datang. Sehubungan itu kita akan ubah strategi Gelombang Biru menjadi Lautan Biru mulai hari ini,"
katanya.
Menurut laporan Bernama, Idris menegaskan demikian di majlis pelancaran jentera pilihanraya peti undi dan ketua lima (k5) Umno oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dungun semalam.
Perlu strategi
Menurutnya, dalam usaha memastikan BN terus memerintah Terengganu dalam pilihanraya akan datang, jentera parti negeri ini bukan sahaja perlu mempunyai banyak kelengkapan tetapi juga disiplin serta strategi.
"Sejarah membuktikan peperangan biasanya akan dimenangi oleh pihak yang bukan sahaja mempunyai banyak kelengkapan tetapi juga perancangan dan disiplin.
"Amerika contohnya kalah dalam peperangan di Vietnam kerana strategi gerila yang digunakan oleh tentera Vietnam. Begitu juga dalam peperangan Uhud, tentera Islam kalah kerana tidak mempunyai disiplin," katanya.
Beliau berkata, jika kesemua perkara itu menjadi ahli serta pemimpin Umno dan BN, parti itu tidak akan menghadapi sebarang masalah dalam pilihanraya akan datang.
Malah, katanya Pas juga akan menjadi tidak relevan kerana keyakinan tinggi rakyat terhadap kerajaan BN.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.