Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
PSM mohon kerjasama, terbuka guna logo PH pada PRU15

PSM sekali lagi mahu kembali meneroka kemungkinan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi PSM S Arulchelvan berkata perbincangan tidak rasmi dengan gabungan itu telah bermula sejak sekian lama, dan surat rasmi memohon untuk menyertai PH telah dihantar dua bulan lalu.

Timbalan Pengerusi PSM S Arulchelvan berkata perbincangan tidak rasmi dengan gabungan itu telah bermula sejak sekian lama dan surat rasmi memohon untuk menjalinkan kerjasama pilihan raya telah dihantar dua bulan lalu.

Bercakap kepada Malaysiakini, dia memberitahu anggota parti pada Februari lalu memohon untuk menjalin hubungan kerja dengan PH, Muda, Warisan dan Parti Rakyat Malaysia.

Walaupun tiada sebarang keputusan muktamad lagi, Arulchelvan berkata parti itu mahu mengelak pertembungan dalam pilihan raya dan terbuka kepada idea menggunakan satu logo.

"Saya rasa kita boleh ikutlah (guna logo PH)," katanya.

PH dijangka membincangkan permohonan keahlian oleh parti lain semasa mesyuarat petang ini.

Selain PSM, parti Muda juga menyatakan hasrat untuk menyertai gabungan itu tetapi berdepan tentangan daripada PKR.

PSM sebenarnya pernah menjalinkan kerjasama dengan PH semasa Pakatan Rakyat.

Sebagai contoh, pengerusinya sekarang Dr Michael Jeyakumar pernah bertanding di bawah logo DAP dan PKR di Sungai Siput dari 1999 hingga 2013.

Jeyakumar memenangi kerusi itu, menewaskan mendiang S Samy Vellu pada 2008 dan dipilih semula pada 2013.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS