Banjir: Penduduk KL hantar surat peguam pada DBKL, menteri
Sekumpulan penduduk Kuala Lumpur yang diketuai oleh peguam Ambiga Sreenevasan mendesak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) dan Menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim mendedahkan rancangan tebatan banjir di ibu kota apabila menghadapi musim monsun.
Menerusi surat tuntutan guaman, mereka mengancam untuk menyamakan DBKL dan Shahidan sekiranya maklumat itu tidak didedahkan.
Surat yang telah dilihat Malaysiakini itu diserahkan pada Isnin untuk dijawab oleh DBKL dan Shahidan dalam tempoh lima hari.
Tujuh lagi pihak turut menuntut maklumat itu iaitu Kia Jia Yaw, Muhammad Taufiq Mohd Razak, Farah Syahidah Shamsuddin, Safiya Spahic, P Geethananthini, Shah Fariq Aizal Sha Ghazni dan Nur Aneesa Mohammad Nizam.
Mereka diwakili oleh peguam, Lim Wei Jiet yang juga pemimpin parti Ikatan Demokrastik Malaysia (Muda).

Maklumat yang dituntut antaranya status terkini langkah tebatan banjir yang dijanjikan oleh DBKL dan kerajaan untuk dilaksana di Kuala Lumpur.
Kata mereka, maklumat itu penting agar penduduk maklum mengenai usaha tersebut dan mendapat maklum balas.
“Ketelusan maklumat penting untuk kesedaran semua pihak dan penyertaan awam sebagai asas dasar awam yang berkesan,” katanya.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/05/385afac7d42b6224f984213d1a5e5959.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/09/a2fd8a8281fc072c5e8d5ff1b81fdb13.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/07/e90a1597e9c4683ac4a1e3c59ad77b7a.jpg)


