Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Zaman Najib perintah dulu, di penjara saya tidur atas lantai’

Rungutan berkaitan keadaan Najib Razak di penjara, termasuk yang menyamakannya dengan keadaaan Nelson Mandela tidak harus dilayan, kata Anwar Ibrahim.

“Kalau kamu ikut cara saya, saya tak pedulikan perkara-perkara remeh ini. Saya dengar ada yang kata dia menderita dan Anwar dapat layanan lebih baik semasa di penjara.

“Pada masa dia (perintah), saya tak cakap zaman bawah Mahathir (Mohamad), saya duduk atas lantai berminggi-minggu sebelum doktor datang dan kata, ‘beri dia katil atas alasan klinikal, untuk masalah belakang dia’.

“Makanan pula tentulah makanan penjara,” kata Anwar dalam wawancara ekslusif dengan Malaysiakini.

Anwar menjalani pemenjaraan 10 tahun sepanjang hidupnya, iaitu 20 bulan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1970-an, lima tahun dari 1999-2004 dan tiga tahun dari 2015-18.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS