Covid-19: 2,445 kes baru, dua lagi korban
Sebanyak 2,445 kes baru Covid-19 direkodkan semalam.
Kes aktif kini berjumlah 24,713, turun 9.2 peratus berbanding 14 hari lalu.
Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
Selangor (990)
Kuala Lumpur (441)
Perak (184)
Sabah (176)
Negeri Sembilan (119)
Kedah (83)
Sarawak (82)
Pulau Pinang (78)
Melaka (68)
Kelantan (67)
Johor (60)
Pahang (40)
Putrajaya (31)
Terengganu (24)
Perlis (2)
Dua lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam di Perak (1) dan Sabah (1).
Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,365 kematian direkodkan di seluruh negara.
Setakat bulan ini, sebanyak 149 kematian akibat Covid-19 dilaporkan berbanding 247 kematian pada bulan lepas dan 204 kematian pada Julai.
Seramai 1,105 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital di mana 41 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Sabah (88) diikuti Selangor (87) dan Johor (40).
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/08/53d36559b91e330112ec2140be5ef668.jpg)
