‘Biarkan Zahid marah daripada mengundang kemarahan alam’
Ketika lima pemimpin tertinggi Umno dijadualkan bermesyuarat malam ini untuk membincangkan tarikh pilihan raya umum ke-15 (PRU15), seorang pemimpin DAP mengingatkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa dia berkhidmat untuk 32 juta rakyat Malaysia, dan bukan sahaja untuk Umno.
Justeru, sebarang keputusan yang diambil mesti mengutamakan kepentingan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat berbanding kepentingan politik sempit Umno yang “mementingkan diri sendiri”, kata Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
“Peringatan ini bagi memastikan beliau meletak kepentingan rakyat pada kedudukan pertama terutamanya setelah kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam bahawa negara bakal melalui fasa peralihan monsun bermula 3 Oktober hingga akhir November.

“MetMalaysia turut menyebut semasa fasa peralihan monsun ini, negara akan menghadapi ribut petir yang berpotensi mencetuskan banjir kilat," kata ahli Parlimen Bagan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata kerajaan mempunyai tugas asas untuk memastikan pengundi dapat turun mengundi di pusat pengundian dalam keadaan yang teratur, selamat, terjamin dan tenang serta bukannya perlu mengharungi air banjir.
“Lihatlah juga kemusnahan banjir yang dibawa oleh Taufan Ian di Florida dan Cuba, Taufan Fiona di Puerto Rico, Taufan Nanmadol di Jepun, Taufan Noru di Filipina dan Vietnam.
“Lebih baik menahan kemarahan (Presiden Umno) Ahmad Zahid (Hamidi) daripada mengundang kemarahan alam, kata Lim, sambil menambah nyawa rakyat tidak boleh dipertaruhkan semata-mata untuk memenuhi kehendak dan kemahuan ahli politik.

“Ini adalah peluang terbaik untuk Ismail Sabri berkhidmat sebagai perdana menteri dengan mengadakan pilihan raya umum tahun depan dan meninggalkan kesan yang berpanjangan dengan sanggup menentang ketua politiknya dalam Umno kerana hakikatnya beliau perlu berkhidmat kepada ketua beliau yang sebenar - rakyat Malaysia.”
Semua perhatian tertumpu pada mesyuarat majlis tertinggi Umno malam ini, yang dijangka akan membuat keputusan mengenai pada tarikh PRU15.
Zahid berterusan mendesak supaya pilihan raya awal diadakan meskipun terdapat amaran kemungkinan banjir kilat semasa musim tengkujuh.
Pengkritik menyifatkan tindakan terdesak oleh ahli parlimen Bagan Datuk itu untuk mengelakkan diri daripada pertuduhan yang dihadapinya di mahkamah.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/09/37a2f32b553bf963fc65cf4412ddc79a.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/09/bf64acda5c5ce61e6ba4f4f1f0aa4b69.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/03/56b139f7d6ec0b6ef9a91d3eaca35657.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/06/c557457b673ea841994605092003ad06.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2019/07/a649781f9ad8cfc7c94d105f89948a8c.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/12/8759fad6523071e0fa396e0e5debab96.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/08/532a6350d0c788741e8b6ddc219d43ba.jpg)