Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,360 kes baru Covid-19, seorang meninggal dunia
Diterbitkan:  Oct 3, 2022 9:44 AM
Dikemaskini: 1:44 AM

Sebanyak 1,360 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam dengan satu lagi kematian dicatatkan.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, kes aktif Covid-19 kini berjumlah 24,097, turun 3.9 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (501)

Kuala Lumpur (269)

Sabah (115)

Perak (98)

Pulau Pinang (75)

Negeri Sembilan (68)

Sarawak (44)

Melaka (39)

Johor (28)

Putrajaya (28)

Kedah (27)

Kelantan (27)

Pahang (26)

Terengganu (12)

Labuan (3)

Kementerian Kesihatan melaporkan satu kematian baru berkaitan wabak itu semalam di Terengganu.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,375 kematian direkodkan di seluruh negara.

Sebanyak 158 kematian dilaporkan pada bulan lepas berbanding 247 kematian pada bulan sebelumnya.

Pada masa ini seramai 977 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 45 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.

Jumlah kemasukan tertinggi ke hspital semalam dicatatkan di Selangor (82) diikuti Sabah (74) dan Perak (24).

Lihat Komen
ADS