Had pegangan ASB, ASB2 dinaikkan kepada RM300,000
Diterbitkan: Oct 7, 2022 5:10 PM
Jumlah had pegangan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Sebelum ini, pegangan dihadkan pada RM200,000.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan Bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama' di Dewan Rakyat, hari ini.
Bank Simpanan Nasional (BSN) juga akan menyediakan dana pinjaman mudah untuk membantu B40 bumiputera melabur dalam ASB dengan tawaran pinjaman pada kadar 1.5 peratus melibatkan dana RM100,000.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2019/12/d928065c17f92819f1efc11a16407f19.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.