Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Majlis presiden PH setuju kerjasama pilihan raya dengan Muda

Pakatan Harapan (PH) dan Ikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda) akan bekerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15, kata Anwar Ibrahim hari ini.

Bagaimanapun, pengerusi PH itu berkata majlis presiden memutuskan ia akan diteruskan sebagai pakatan pilihan raya buat masa ini.

Jelas Anwar, ini kerana untuk menjadi parti komponen dalam gabungan itu, ia perlu mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

"Keputusannya boleh teruskan (kerjasama dengan Muda).

"Setakat ini electoral pact (pakatan pilihan raya) sebab kalau ahli rasmi (gabungan) kena mendapat kelulusan ROS. Jadi saya tak fikir ROS akan luluskan apa-apa sekarang," katanya kepada pemberita hari ini.

Anwar berkata Muda dan PH perlu menghalusi beberapa butiran dalam kerjasama mereka, seperti rundingan kerusi dan logo.

Muda pada mulanya telah memohon kepada gabungan itu untuk menjadi parti komponen.

Susulan itu, PH membentuk jawatankuasa untuk berunding dengan parti itu, selain dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang memohon menjadi rakan pilihan raya.

Terdapat kumpulan dalam PH, terutamanya sayap pemuda parti komponennya, membantah penyertaan Muda sebelum ini.

Lihat Komen
ADS