Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Ceramah Syed Saddiq di Muar diganggu sekumpulan pemuda

Ceramah anjuran Muda di Muar, Johor malam tadi dicemari dengan insiden gangguan oleh sekumpulan pemuda.

Kira-kira 20 orang muncul di ceramah itu dengan motosikal dan didakwa mencetuskan pergaduhan mulut dengan ahli dan penyokong Muda ketika presiden parti itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberikan ucapan.

Dalam ucapannya, Syed Saddiq yang merupakan penyandang ahli parlimen Muar antara lain memaklumkan sumbangannya di kawasan itu pada penggal lepas.

Ia menyebabkan seorang daripada kumpulan itu berulang kali melaungkan "penipu" dan penyokong Muda membalasnya dengan menyuruh mereka "balik".

Walaupun polis bantuan yang hadir meminta mereka beredar, kumpulan tersebut berlegar di kawasan ceramah.

'Sedih anak muda perlu merayu'

Dalam ucapannya, Syed Saddiq menyuarakan kesedihan terhadap golongan muda yang menurutnya perlu merayu kepada elit politik untuk menyara kehidupan.

"Saya kasihan kepada mereka (kumpulan tersebut). Inilah realiti hari ini, jadi bagaimana kita nak bina negara yang progresif? Ini bukan masa depan yang saya nak bina untuk mereka, ini bukan sebab saya masuk politik.

"Menang atau kalah, saya boleh janji yang saya hanya akan lindungi anda," katanya lagi.

Walaupun Syed Saddiq masih belum mengumumkan pencalonannya, dia diperkatakan akan mempertahankan kerusi Parlimen Muar dalam PRU kali ini.

Namun demi menghormati proses rundingan kerusi dengan PH, dia berkata pengumuman hanya akan dibuat pada 22 Oktober ini.

Pada PRU lalu, dia yang bertanding bawah tiket Bersatu menewaskan penyandang ketika itu, Razali Ibrahim dari Umno dengan perbezaan 6,953 undi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS