Perdana Menteri sementara Ismail Sabri Yaakob berkata tiada tekanan daripada sesiapa kepada Umno bahagian untuk mengisytiharkan sokongan mereka kepada dirinya sebagai perdana menteri.

Menurutnya, tindakan bahagian-bahagian berkenaan adalah selaras dengan ketetapan dibuat Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini untuk menjadikannya sebagai calon perdana menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Bahagian bebas untuk membuat sebarang usul dan saya berterima kasih kepada bahagian-bahagian, saya difahamkan 152 bahagaian membuat usul menyokong saya sebagai calon PM selepas PRU15.

“Ini pun berdasarkan keputusan MT. MT telahpun membuat keputusan di dalam mesyuarat MT untuk menamakan saya sebagai (jika BN menang dalam PRU15),” kata Ismail kepada pemberita selepas menghadiri perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

[Baca berita penuh]